SAYA

Dilahirkan pada 18 Mei, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dibesarkan di Kampung Parit Tengah, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan. Melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan menyambut pengajian di Tingkatan Enam, di sekolah yang sama. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Program Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu (Sastera). Melibatkan diri dalam pertandingan Sketsa Rukun Negara mewakili daerah Batu Pahat dan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri dan Kebangsaan mewakili Negeri Johor. Melibatkan diri dalam pelbagai organisasi dan aktiviti antaranya ialah Program Kerjasama bersama Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia dan Univesitas daripada Indonesia. Penglibatan bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK).




Comments

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR