PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN] BAHAGIAN 1

PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN]

Pementasan teater atau pengisahan yang mencungkil sejarah penempatan yang tidak pernah diketahui ramai. Memberi satu ilmu tambah dalam dunia kehidupan. Kisah sejarah yang tiada kenangan, jasa-jasa pejuang tanah air tercinta yang tidak pernah cuba diketahui ramai. Namun ia masih menjadi pilihan untuk diperjuangkan di pentas Kebangsaan. 

Serba Sedikit Sejarah Parit Sulong:



     Parit Sulong adalah salah sebuah pekan di Daerah Patu Pahat, Johor, Malaysia. Jambatan bersejarah Parit Sulong dibina ketika Perang Dunia Kedua adalah satu ciri yang utama di dalam pekan ini. Dengan kedudukan yang strategik dan pembangunan yang kian pesat di Parit Sulong semakin menarik perhatian pengunjung dari dalam Johor dan luar Johor yang tidak pernah putus untuk menyinggah dan membeli belah.

    Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) sedang berundur sambil berjuang apabila mereka dikepong berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

    Pembunuhan beramai-ramai 161 tentera Australia oleh tentera Jepun berlaku di Parit Sulong pada 22 Januari 1942. Tentera Jepun telah menendang dan memukul tahanan dengan senapang pangkal. Mereka memaksa tahanan masuk ke dalam kandang penuh sesak dan tidak melayan mereka yang meminta makanan, air dan rawatan perubatan. Pada waktu matahari terbenam pula, mereka semua diikat dan diarah berjalan beramai-ramai. Tentera Jepun juga mengumpul petrol dari kenderaan Bersekutu yang telah terkandas, menembak tahanan, melemparkan petrol dan dibakar. Leftenan Ben Hackney adalah antara tahanan perang yang terselamat dari tragedi berdarah itu.

    Pegawai yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai, Leftenan Jeneral Takuma Nishimura, telah dibicarakan dan disabitkan atas jenayah perang dan dilaksanakan hukuman mati pada 11 Jun 1951.

 

Comments

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR