MAK & ABAH💖

                                                   

Kulihat awan pagi diperkampungan
Keindahan warna menusuk kehati,
Jasa mu tidak dapat ku gambarkan
Lelah keringat mu tetap ku ingati.


        Hasmunirah binti Satar, 
              Bakat terpendam dalam penulisan hanya madah kata dapat diungkap. Sulaman tangan pencetus lahirnya karyawan memilih sastera jalan kehidupan.  Beliau atau Ibu yang aku sanjungi mempunyai banyak pengetahuan dan ilmu dan jati diri kepimpinan tinggi. Bercita-cita menjadi pendidik namun ketentuan Allah dan takdir yang menentukan jalan kehidupannya. Muda hingga berusia, menyusunan kata dalam bercerita. Mewarnai kehidupan kami sekeluarga dengan membantu abah menambah pendapatan keluarga dengan mengambil tempahan baju. Warna benang yang pelbagai menjadikan perkerjaannya bagai pelangi kehidupan. Kekemasan jahitan tangan dan mesinnya menyebabkan aku terpaku dan bercita-cita ingin mempunyai sebuah jenama tersendiri. Mak sentiasa memberikan ruang dan masa untuk aku mencuba belajar menjahit, katanya siapa lagi yang ingin mengambil ruang ini untuk menghidupkan mesin jahit. Tidak perlu ambil tempahan sekadar kenangan dan memori emak berada diatas kerusi dan mesin jahit itu cukup untuk ada kenangan bersama. Mak juga merupakan seorang yang tidak duduk diam dirumah, ia melibatkan diri dalam masyarkat dengan sentiasa ada sahaja pekerjaan untuk sama-sama menabur bakti kepada masyarakat dan mengambil bahagian. Walhal politik yang menyebabkan ia sibuk, namun selagi ia tidak salah dan lari dari tangungjawab ia dirumah selagi itu kami sekeluarga tetap membantu dan menyokong. 

            Noordin bin Salam, 
            Tukul besi menjadi peganggan, memori berkasih menjadi kenangan, abang dan adik hidup dalam tauladan dan hilangnya kisah berpisah jangan. Abah, seorang bapa kepada 3 orang anak. Bekerja sebagai Tukang Rumah, pekerjaan yang biasa-biasa sahaja namun ceritannya kadang bila diingat kembali luluh dan sedih sebagai seorang anak. Hebatnya ia hanya kami adik beradik saja tahu, kerana anak sahaja yang mampu mengerti penat lelahnya. Pekerjaan dan kemahiran turun-temurun yang dipelajari daripada datuk. Bekerja bersama Wak Mat, iaitu abangnya sendiri beberapa tahun lalu namun ketika ini abah menjadi seorang yang kehilangan jejak dan langkah namun masih kekal dan cekal. Bekerja bersama abang sendiri gaduh baik itulah adik beradik. Gaya kerja dan keteraturan mereka berdua sangat dicari oleh orang kampung. Rumah yang dibina boleh diketahui siapa gerangan yang membinanya. Pembinaan yang dibina oleh mereka dikatakan mempunyai aura tersendiri. Abah telah kehilangan rakan kerjanya yang selama ini bersandarkan kepada seorang abang yang sentiasa mencari rezeki untuk keluarga bersama. Pekerjaan tidak terlalu megah namun ia cukup untuk dibanggakan.

    Nuramira Diana & Nurasyid Aiman kedua rakan gaduh, bercerita, berjalan dan sama-sama menyaksikan pelbagai perkara manis bersama. Satu-satunya kakak yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia dalam dunia Degree & Master. Ia menjadi pembakar semangat untuk turut sama mencapai sepertinya. Abang, yang sentiasa bergaduh dan memahami akhir perjalanannya juga berjaya dengan menamatkan pengajian di Diploma, Kolej Yayasan Pahang. Bekerja dan membantu keluarga itulah harapanya keluarga. Dan pada tahun 2020 & 2021 tambahnya ahli keluarga baharu iaitu Amirul Hamka (Abang Ipar) dan Aidan Mikael menjadikan keluarga kami lebih bertambah seri dengan keriangannya mereka.







Comments

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR