Sejarah Penempatan'
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR.
Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor merupakan kawasan tumpuan destinasi pelancong terutama dalam mencari produk makanan. Menarik tumpuan dengan pelbagai kilang penghasilan kerepek dan lain-lain lagi. Ia juga mendapat nama daripada banda pendidikan kerana di kawasan terbabit dibangunkan satu Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia dan juga pelbagai institusi pendidikan kerajaan dan swasta. SMK Tun Ismail berada didalam pekan terbabit telah banyak menyasikan lakaran generasi yang menjadi pemimpin dan kemajuan daripada anak kelahiran tempatan.
Serba sedikit sejarah Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di Jalan Junid pinggir Kuala Sungai Muar. Ketika itu perumahan penduduknya begitu padat sehingga berlakunya kebakaran besar sehingga kawasan ini nenjadi padang jarak padang tekukur dan penduduk dari kampung lain menggelarnya padang. Ketika ini sempadan Parit Raja bermula dari Parit Amal hingga Parit Besar. Memperolehi nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.
Comments
Post a Comment