Posts

Showing posts from November, 2021

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR

Image
PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.             Baju kurung Teluk belanga adalah salah satu jenis varian dari baju kurung yang digunakan oleh kaum laki-laki Melayu. Baju Kurung Teluk Belanga dipakai dengan baju dipakai di luar (menutupi) celana dan kain samping. Baju ini dipakai dengan bagian lehernya dikaitkan dengan satu kancing. Jika kancing yang digunakan diikat dengan sebiji batu maka disebut dengan kancing “garam sebuku”. Jika diikat dengan beberapa batu maka disebut sebagai “kunang-kunang sekebun...

KENALI WARISAN SENI BINA JOHOR: RUMAH LIMAS

Image
RUMAH LIMAS      Seni bina ‘Rumah Limas’ di Johor, pembinaan rumah tradisional berkenaan berperanan sebagai tempat berlindung yang sesuai dengan faktor topografi tanah dan iklim. Jika dilihat daripada sudut sejarah rumah limas, perkataan ‘ Limas’ menjurus kepada atap yang mempunyai Lima Perabung . Limas atau ‘Bumbung Lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ ia dikatakan daripada ‘Lima Emas’ kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar sahaja yang mengunakan bentuk atau struktut bumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau. Rumah jenis ini juga sering disebut dengan Rumah Bari . Bari dalam bahasa Indonesia berarti Lama atau Kuno . Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris pula telah menyebabkan rumah tradisiona...