KENALI WARISAN SENI BINA JOHOR: RUMAH LIMAS

RUMAH LIMAS

    Seni bina ‘Rumah Limas’ di Johor, pembinaan rumah tradisional berkenaan berperanan sebagai tempat berlindung yang sesuai dengan faktor topografi tanah dan iklim. Jika dilihat daripada sudut sejarah rumah limas, perkataan Limas’ menjurus kepada atap yang mempunyai Lima Perabung. Limas atau ‘Bumbung Lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ ia dikatakan daripada ‘Lima Emas’ kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar sahaja yang mengunakan bentuk atau struktut bumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau. Rumah jenis ini juga sering disebut dengan Rumah Bari. Bari dalam bahasa Indonesia berarti Lama atau Kuno. Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris pula telah menyebabkan rumah tradisional Melayu Johor berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:67). Dapatlah dikatakan bahawa semua rumah tradisional negeri di Malaysia mempunyai rumah bumbung panjang namun, selepas kedatangan penjajah dan kemasukan pengaruh luar, seni bina dan bentuk rumah tradisional Melayu mengalami perubahan bentuk seperti limas atau bumbung Belanda di Johor.


Rumah Limas Johor | Projek terukur semester 6 | Halif Latif | Flickr


Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti. Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur. Dengan istilah lain, bahagian depan digelar ‘rumah ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), bahagian tengah sebagai ‘rumah tengah’ dan bahagian belakang ialah ‘rumah dapur’. Kebiasaannya pada bahagian hadapan rumah mesti mempunyai bahagian lantai yang lebih rendah daripada aras rumah ibu. Bahagian tersebut berbumbung namun selalunya tak berdinding dan cuma berpagar susur (railings). Bahagian ini juga dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’. Ruang ini menjadi tempat pengantara di antara bahagian luar rumah dan dalam rumah untuk tujuan melakukan pekerjaan, beristirahat atau menerima tetamu yang bukan muhrim. Pada bahagian belakang rumah pula terdapat ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basahan atau basuhan.


Comments

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR