PENGAMATAN DARI SISI SENI
BINA ISLAM.
Definisi seni bina boleh dikategorikan kepada seni dan bina. Seni atau art pada asalnya ialah perkataan Latin yang difokuskan kepada kerja tangan atau ukiran. Definisi ini amat luas digunakan pada abad pertengahan khususnya yang berkaitan dengan kerja tangan atau aktiviti teknikal dan ukiran ( Lois Lamya al-Faruqi, 1984). Perkataan bina pula, menurut Kamus Dewan ialah seni atau ilmu merancang, membentuk dan membina bangunan. Ia juga boleh diistilahkan gaya sesuatu bangunan didirikan dan bentuk bangunan yang dibina pada zaman tertentu ( Kamus Dewan, 2005). Pengertian ini turut dibincangkan dalam Oxford Dictionary yang mengistilahkan seni bina sebagai salah satu kesenian dalam mereka bentuk sesebuah bangunan termasuk gaya rupa sesuatu bangunan ( Oxford Dictionary, 1988).
Keterkaitan Seni Jahitan dan
Pertukangan yang paling mudah dilihat kesamaan dalam memahami karya
seni.
'SENI',
Perkataan seni sangat mudah untuk difahami, iaitu panghasilan karya melalui
lukisan ia dikenali seni. Dalam dunia seni, ia mempunyai pelbagai jenis seni. Seni Tulisan, Seni
Ukiran, Seni Khat dan pelbagai.
Terdapat pelbagai pandangan di kalangan para sarjana
dan arkitek Islam terhadap seni bina. Ibn Khaldun dalam tulisannya Muqaddimah
berpendapat bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri ketamadunan
yang penting kerana
ia adalah mercu
kegemilangan sesuatu bangsa
atau negara. Keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur
berdasarkan pencapaiannya dalam bidang seni bina (Ibn Khaldun, 1980 ).
Comments
Post a Comment