SENI JAHITAN (SULAMAN)
MAKLUMAT SENI JAHITAN (SULAMAN) Sebuah hasil karya yang bertujuan untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi sesuatu jenis fabrik, pakaian, aksesori dan juga kraftangan adalah sulaman. Pada asasnya, sulaman menggunakan jarum dan benang serta kepakaran menyulam. Sulaman juga mengenengahkan ragam hias yang indah kerana motif-motif rekaannya akan kelihatan timbul dari permukaan kain. Sulaman kaya dengan berbagai teknik yang berbeza-beza dan motif-motif ini turut mengalami arus perubahan mengikut peredaran zaman. Dalam seni dekorasi tekstil, sama ada dari China, India, negara Barat mahupun di negara Arab, seni sulaman adalah salah satu keunikan dunia yang masing-masing mempunyai sejarah dan perkembangan yang tersendiri. Mengikut Syed Ahmad Jamal (1989), sulaman adalah sejenis seni hias Melayu tradisi yang dihasilkan pada kain daripada benang-benang berwarna dan adakalanya sulaman diperkaya dengan hiasan tambahan seperti labuci, manik dan seba...