Posts

GADIS SELATAN

Image
Gadis Selatan - Ayai Cantiknya gadis berbaju kurung johor Melenggang-lenggok ke kiri dan ke kanan Kasutnya tinggi bergelang kaki Siapa melihat bulu roma berdiri Gadis Selatan  Memang manis dan sopan Teluk belanga pakaian membanggakan Buasa pusana mari kekalkan Pakaian tradisi warisan budaya Jangan tenggelam dek perasaan Apabila gadis manis selatan Yang merenung Yang melirik Yang memandang Dari mata Kepadamu Aduhai gadisku Hai dari selatan

PERABUNG & SULAM DARI DAKSINA

Image
ADAT YANG KIAN HILANG  Bunyi mesin jahit berbunyi dibahagian atas rumah, menandakan gadis muda itu memulakan kerjanya seperti biasa. Jam tepat menunjukan lapan pagi, gadis itu telah berada didalam ruang kerja untuk menyelesaikan tempahan yang mula kelihatan diatas meja. Gadis muda itu memulakan kerjaya sebagai tukang jahit adalah ketika usia 18 tahun. Walaupun sebagai seorang pelajar tingkatan enam, beliau telah memperlihatkan minat dalam dunia jahitan. Gadis muda itu kelihatan ceria, apabila memegang sehelai kain songket keemasan untuk dibentuk menjadi baju melayu. “Baju Teluk Belangga itulah nama kepada jenis baju yang asalnya di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.” Fikiran meningat kata-kata dilontarkan oleh n...

ABDUL RAZAK GURNAH

Image
                  ABDUL RAZAK GURNAH             Lines from ‘The Best of School’   As I sit on the shores of the class, alone, Watch the boys in their summer blouses As they write, their round heads busily bowed: And one after another rouses His face to look at me, To ponder very quietly, As seeing, he does not see. And then he turns again, with a little, glad Thrill of his work he turns again from me, Having found what he wanted, having got what was to be had. Berdasarkan pembacaan dan penghayatan daripada hasil penulisan Abdul Razak Gurnah, menyatakan kisah hidup dan minat beliau dalam bidang penulisan. Yang menjadikan beliau seorang yang lebih banyak berkongsi pengalaman dan kisah kehidupan dan ilmu yang ada padanya. Kisah bagaimana beliau berminat dengan hasil penulisan yang digambarkan menceritakan sisi dirinya yang menjadikan penulisan sebagai bidang yang harus diketengahkan....

SENI JAHITAN (SULAMAN)

Image
MAKLUMAT SENI JAHITAN (SULAMAN)           Sebuah hasil karya yang bertujuan untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi sesuatu jenis fabrik, pakaian, aksesori dan juga kraftangan adalah sulaman. Pada asasnya, sulaman menggunakan jarum dan benang serta kepakaran menyulam. Sulaman juga mengenengahkan ragam hias yang indah kerana motif-motif rekaannya akan kelihatan timbul dari permukaan kain. Sulaman kaya dengan berbagai teknik yang berbeza-beza dan motif-motif ini turut mengalami arus perubahan mengikut peredaran zaman. Dalam seni dekorasi tekstil, sama ada dari China, India, negara Barat mahupun di negara Arab, seni sulaman adalah salah satu keunikan dunia yang masing-masing mempunyai sejarah dan perkembangan yang tersendiri. Mengikut Syed Ahmad Jamal (1989), sulaman adalah sejenis seni hias Melayu tradisi yang dihasilkan pada kain daripada benang-benang berwarna dan adakalanya sulaman diperkaya dengan hiasan tambahan seperti labuci, manik dan seba...

PENGAMATAN DARI SISI SENI BINA ISLAM.

Image
PENGAMATAN DARI SISI SENI BINA ISLAM.           Definisi seni bina boleh dikategorikan kepada seni dan bina. Seni atau art pada asalnya ialah perkataan Latin yang  difokuskan kepada kerja tangan atau ukiran.  Definisi ini amat  luas digunakan pada abad  pertengahan khususnya yang berkaitan  dengan kerja  tangan atau  aktiviti teknikal dan ukiran ( Lois Lamya al-Faruqi, 1984). Perkataan bina pula, menurut Kamus Dewan ialah seni atau ilmu merancang, membentuk dan membina bangunan. Ia juga boleh diistilahkan gaya sesuatu bangunan didirikan dan bentuk bangunan yang dibina pada zaman tertentu ( Kamus  Dewan, 2005). Pengertian ini turut dibincangkan dalam Oxford Dictionary yang mengistilahkan seni bina  sebagai  salah satu kesenian dalam mereka bentuk sesebuah bangunan termasuk gaya rupa sesuatu bangunan ( Oxford Dictionary, 1988). Keterkaitan Seni Jahitan dan Pertukangan yang paling mudah dilihat  kesamaan d...

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR

Image
PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.             Baju kurung Teluk belanga adalah salah satu jenis varian dari baju kurung yang digunakan oleh kaum laki-laki Melayu. Baju Kurung Teluk Belanga dipakai dengan baju dipakai di luar (menutupi) celana dan kain samping. Baju ini dipakai dengan bagian lehernya dikaitkan dengan satu kancing. Jika kancing yang digunakan diikat dengan sebiji batu maka disebut dengan kancing “garam sebuku”. Jika diikat dengan beberapa batu maka disebut sebagai “kunang-kunang sekebun...

KENALI WARISAN SENI BINA JOHOR: RUMAH LIMAS

Image
RUMAH LIMAS      Seni bina ‘Rumah Limas’ di Johor, pembinaan rumah tradisional berkenaan berperanan sebagai tempat berlindung yang sesuai dengan faktor topografi tanah dan iklim. Jika dilihat daripada sudut sejarah rumah limas, perkataan ‘ Limas’ menjurus kepada atap yang mempunyai Lima Perabung . Limas atau ‘Bumbung Lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ ia dikatakan daripada ‘Lima Emas’ kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar sahaja yang mengunakan bentuk atau struktut bumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau. Rumah jenis ini juga sering disebut dengan Rumah Bari . Bari dalam bahasa Indonesia berarti Lama atau Kuno . Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris pula telah menyebabkan rumah tradisiona...