Posts

Showing posts from October, 2021

PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN] BAHAGIAN 2

Image
  PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN] Pengisahan Kenegaraan dimulakan melalu pertandingan di Peringkat Negeri dan menjadi Johan mewakili daerah Batu Pahat. Mara ke Peringat Kebangsaan dengan melalui 2 Kali pusingan yang begitu dramatik dan mendebarkan. Pertama kali menyaksikan perlawanan yang begitu sengit dan mendebarkan ia juga menambah ilmu Sejarah yang banyak boleh diperoleh menerusi pengisahan daripada peserta negeri lain antaranya Tongkat Waran dan sejarah-sejarah lain. Pertandingan yang memerlukan penghayatan emosi dan pemikiran yang jitu. ia juga memerlukan kekuatan daya ingatan yang kuat untuk menghafal dan sebagainya. Penting reka cipta atau tambahan prop di atas pentas untuk menambah emosi kepada penonton.  Penglibatan peserta ia berlatar belakangkan kerjaya seperti guru, mahasiswa/i universiti, penjawat awam dan swasta melihatkan bertapa kuatnya untuk melibatkan diri dalam menghasilkan satu persembahan pementasan yang ber...

PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN] BAHAGIAN 1

Image
PARIT SULONG: TITIK HITAM YANG KEKAL DALAM PETA SEJARAH [PENGISAHAN KENEGARAAN] Pementasan teater atau pengisahan yang mencungkil sejarah penempatan yang tidak pernah diketahui ramai. Memberi satu ilmu tambah dalam dunia kehidupan. Kisah sejarah yang tiada kenangan, jasa-jasa pejuang tanah air tercinta yang tidak pernah cuba diketahui ramai. Namun ia masih menjadi pilihan untuk diperjuangkan di pentas Kebangsaan.  Serba Sedikit Sejarah Parit Sulong:        Parit Sulong   adalah salah sebuah pekan di   Daerah Patu Pahat ,   Johor ,   Malaysia . Jambatan  bersejarah Parit Sulong dibina ketika   Perang Dunia Kedua   adalah satu ciri yang utama di dalam pekan ini.  Dengan kedudukan yang strategik dan pembangunan yang kian pesat di Parit Sulong semakin menarik perhatian pengunjung dari dalam Johor dan luar Johor yang tidak pernah putus untuk menyinggah dan membeli belah.      Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Mel...

Sejarah Penempatan'

PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR.     Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor merupakan kawasan tumpuan destinasi pelancong terutama dalam mencari produk makanan. Menarik tumpuan dengan pelbagai kilang penghasilan kerepek dan lain-lain lagi. Ia juga mendapat nama daripada banda pendidikan kerana di kawasan terbabit dibangunkan satu Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia dan juga pelbagai institusi pendidikan kerajaan dan swasta. SMK Tun Ismail berada didalam pekan terbabit telah banyak menyasikan lakaran generasi yang menjadi pemimpin dan kemajuan daripada anak kelahiran tempatan.      Serba sedikit sejarah  Kampung   ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang   dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Ta...

MAK & ABAH💖

Image
                                                                Kulihat awan pagi diperkampungan Keindahan warna menusuk kehati, Jasa mu tidak dapat ku gambarkan Lelah keringat mu tetap ku ingati.         Hasmunirah binti Satar,                  B akat terpendam dalam penulisan hanya madah kata dapat diungkap. Sulaman tangan pencetus lahirnya karyawan memilih sastera jalan kehidupan.  Beliau atau Ibu yang aku sanjungi mempunyai banyak pengetahuan dan ilmu dan jati diri kepimpinan tinggi. Bercita-cita menjadi pendidik namun ketentuan Allah dan takdir yang menentukan jalan kehidupannya. Muda hingga berusia, menyusunan kata dalam bercerita. Mewarnai kehidupan kami sekeluarga dengan membantu abah menambah pendapatan kel...

SAYA

Dilahirkan pada 18 Mei, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dibesarkan di Kampung Parit Tengah, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan. Melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan menyambut pengajian di Tingkatan Enam, di sekolah yang sama. Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Program Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu (Sastera). Melibatkan diri dalam pertandingan Sketsa Rukun Negara mewakili daerah Batu Pahat dan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri dan Kebangsaan mewakili Negeri Johor. Melibatkan diri dalam pelbagai organisasi dan aktiviti antaranya ialah Program Kerjasama bersama Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia dan Univesitas daripada Indonesia. Penglibatan bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK).

PERMATA KEHIDUPAN

Image
Permulaan mereka sejarah, melakar cerita dan mengenangnya memori lama.     Nurammar Salihin bin Noordin , nama diberi. Merupakan anak kelahiran Batu Pahat , Johor . Anak ketiga daripada 3 Orang adik beradik. Merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Pelajar Tahun 2 . Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Persuratan Melayu).